AKIBAT TIDAK MERANCANG HARTA PUSAKA



Jika tidak merancang harta pusaka semasa hidup, pelbagai akibat akan berlaku selepas kematian sekiranya waris anda:
  • Tidak mengetahui ilmu tentang pengurusan harta pusaka.
  • Tidak mengambil berat persoalan faraid.
  • Tidak mengambil berat halal dan haram.


Bermakna sekiranya semasa hidup, anda tidak mahu merancang harta, maka saksikanlah akibatnya apabila meninggal dunia nanti, seperti:
  1. Melihat waris-waris melakukan dosa kerana:
  • Memakan harta secara batil
  • Memakan harta anak yatim.
  • Memakan hal simati yang belum dibersihkan
2. Menyaksikan 1001 fitnah harta yang berlaku kerana:
  • Waris - waris akan saling zalim-menzalimi sesama mereka
  • Pemegang amanah merasakan harta pusaka peninggalan si mati adalah HAKnya, sedangkan dia hanya pemegang amanah sahaja (trustee).
  • Berbagai kemelut harta yang kita tidak tahu bila kesudahanya.
Akhirnya membawa kepada dilema dan misteri yang berpanjangan..





MENULIS WASIAT

MENULIS WASIAT
Dokumen wasiat

Sunday, March 21, 2010

JANGAN BIARKAN
WARIS KITA BERBUAT
DOSA!!!!!!!


Tajuk diatas adalah merupakan suatu topik perbincangan yang ingin saya utarakan kerana secara umumnya masyarakat kita semasa hidup tidak beringat ke atas harta yang bakal ditinggalkan kepada waris - warisnya..........lalu apa yang berlaku ialah:

  • kita tidak sempat merancang pusaka.
  • kita tidak sempat memberitahu waris apa yang perlu dilakukan terhadap harta pusaka kita.
  • kita tidak sempat memberitahu waris apa yang perlu mereka lakukan untuk mengurus pusaka kita.
Yang jelasnya , selepas kematian kita para waris tidak ada ilmu, tidak tahu dan buntu untuk menguruskan pusaka .Maka ketika itulah waris kita akan berbuat dosa sama ada sengaja ataupun tidak sengaja.

Bagi menjelaskan situasi ini,saya datangkan satu kisah benar.

Seorang suami meninggal dunia dan meninggalkan;

  1. Seorang ibu.
  2. Seorang bapa.
  3. Seorang isteri.
  4. Seorang anak lelaki.
  5. Dua orang anak perempuan.
Selain meninggalkan waris, si mati juga ada meninggalkan hutang yang agak besar jumlahnya. Sedangkan harta yang ditinggalkan tidak seberapa, iaitu sejumlah wang simpanan KWSP ( kumpulan wang simpanan pekerja ).

Situasi yang memeningkan kepala...setiap hari,bank dan pemiutang tidakputus - putus menelefon ke rumah ibu bapa menuntut tunggakan hutang si mati.

Si isteri pula runsing memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan dan keperluan hidup seharian.Si isteri juga runsing memikirkan masa depan anak - anak.

KWSP......Isteri Sebagai Penama

Akhirnya isteri teringat bahawa semasa hidup,suamimya ada memberitahu bahawa dia adalah sebagai penama di KWSP.Maka si isteri pun terus membuat urusan mengeluarkan wang di KWSP.Tidak sampai sebulan wang simpanan KWSP peninggalan arwah suami dipindahkan ke akaun si isteri.Apabila menerima wang tersebut si isteri terus menggunakan untuk menampung perbelanjaan seharian seperti makan - minum sekeluarga dan juga biaya persekolahan anak - anak.

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh si isteri adalah sesuatu yang baik dan wajar.Iaitu wang peninggalan arwah suami digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan biaya persekolahan anak - anak.Ini memang sesuatu yang baik dan wajar.Walaupun ianya baik dan wajar, sebenarnya tanpa disedari si isteri telah berbuat beberapa dosa.

DOSA MEMAKAN HAK SI MATI

   Perkara utama yang mesti diselesaikan oleh waris yang menggunakan harta yang ditinggalkan oleh si mati ialah untuk melunaskan hutang - hutang si mati.Sama ada hutang dengan ALLAH seperti haji, zakat , nazar, kafarah atau seumpanya atau hutang sesama manusia,khususnya hutang simati dengan pihak bank dan lain -lain.Masalahnya perkara itu tidak dilakukan oleh si isteri.Bukannya si isteri tidak mahu melunaskan hutang si mati.Andainya yang ditinggalkan itu untuk melunaskan hutang -hutang,kemungkinan besar waris tidak memeliki apa- apa bahagian.Sedangkan mereka terpaksa menyara kehidupan.

   Sebenarnya selagi hutang simati tidak dilunaskan,maka selagi itulah roh si mati akan merana di alam barzakh.Rasullulah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermadsud " jiwa seseorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya,sehingga hutang itu dilunasi." (hadith riwayat Ahmad, Ibn hajar dan al -termizi.). Ini bermakna waris bukan sahaja berbuat dosa, bahkan harta yang di makan tidak bersih kerana ada hak si mati yang masih belum di lunaskan.

DOSA MEMAKAN HARTA SECARA BATIL

Selain itu, pada harta yang ditinggalkan oleh si mati, ada bahagian ibu bapa.walaupun tidak banyak ,bahagian tersebut adalah hak yang mesti di serahkan kepada ibu bapa.Seandainya si isteri tidak menyerahkan bahagian ibu bapa sama ada dia tahu ataupun tidak, lebih -lebih lagi jika tidak dipersetujui oleh ibubapa si mati maka harta yang di makan oleh si isteri adalah tidak bersih.

Hal ini kerana di situ ada hak ibu bapa, sedangkan dalam masa yang sama si isteri telah berbuat dosa dengan memakan bahagian ibu bapa si mati.Sesungguhnya ALLAH S.W.T  berfirman yang bermadsud " wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta diantara kamu dengan cara yang batil ( haram dan tidak betul ) ".( Surah An-Nisa 4:26)

 
DOSA MEMAKAN HARTA ANAK YATIM.



Perkara ketiga yang perlu difahami bahawa pada harta si mati juga ada hak anak-anak.Walaupun harta ssi mati di gunakan untuk menampung perbelanjaan seharian anak - anak, namun hak tersebut hendaklah dikeluarkan ataupun di asingkan.yang terbaik di simpan untuk masa depan mereka.Andainya harta tersebut digunakan untuk menyara anak-anak,maka hendaklah di hitam putihkan agar tidak di jadikan pertikaian dan mudah untuk di jelaskan kemudian hari.

Sekiranya perkara ini tidak dilakukan oleh si isteri dan isteri tidak mahu mngasingkan bahagian anak-anak,nanti harta si mati tidak cukup untuk menampung kos kehidupan.Namun yang demikian si isteri telah berbuat dosa.Iaitu memakan harta anak yatim."Sesungguhnya orang memakan harta anak yatim secara zalim,sebenarnya menelan sepenuh perutnya dan mereka akan masuk kedalam api neraka yang menyala-nyala." ( Surah al - nisa'4: 10).

SAMA-SAMA KITA BERINGAT...


Oleh sebab itu semasa hidup hendaklah kita sama-sama beringat.Rancanglah apa yang perlu kita rancang.Andainya kita mempunyai banyak hutang,maka berusahalah untuk melunaskan hutang-hutang tersebut semasa hidup.

Selain itu ambilah POLISI TAKAFUL.Antara tujuannya ialah untuk melunaskan saki baki hutang-hutang selepas kematian kita.Selebihnya bolehlah diwariskan untuk perbelanjaan anak-anak.


Buatlah SURAT WASIAT PENTADBIRAN PUSAKA, yang digunakan untuk memaklumkan kepada isteri ataupun suami perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kematian kita,seperti mengumpulkan harta-harta peninggalan kita,buatlah apa-apa urusan dengan pihak berkenaan untuk menyelesaikan urusan pusaka kita.Bayarkan hutang-hutang kita seperti yang tercatat di dalam surat wasiat,selebihnya berikan hak waris-waris......untuk ibu bapa sekian jumlahnya,untuk anak-anak sekian jumlahnya-ikut pembahagian faraid seperti yang tercatat dalam surat wasiat.

Mudah mudahan dengan cara ini kita yang telah meninggal dunia terlepas daripada berbgai azab seksa di alam barzakh.Pada masa yang sama,seluruh waris kita juga turut terselamat daripada berbuat dosa,seperti DOSA MEMAKAN HAK SI MATI, DOSA MEMAKAN HARTA SECARA BATIL DAN DOSA MEMAKAN HARTA ANAK YATIM.

 


Wallahualam..
















MAKLUM BALAS PELANGGAN

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):